FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Perlanggaran Planet

2 posters

Go down

Perlanggaran Planet Empty Perlanggaran Planet

Post by Waci-Kupa Tue Dec 14, 2010 10:22 pm

Perlanggaran Planet: bolehkah ia berlaku pada Bumi kita?


Jauh di angkasa lepas, terdapat planet-planet seperti Bumi berlanggar dan musnah sama sekali. Fakta ini berdasarkan penemuan terbaru oleh sekumpulan astronomi ke atas kuantiti habuk batuan yang jauh lebih banyak pada Sistem BD + 20307 berbanding kuantiti habuk batuan pada Sistem Suria.

Menurut Benjamin Zuckerman, Professor Fizik dan Astronomi di Universiti Kolej LA (UCLA), ia seperti Planet Bumi bertembung dengan Planet Zuhrah. Sesuatu yang tidak terfikir oleh mereka bahawa kejadian dahsyat ini boleh pada sistem planet yang sudah matang.

Pada mula ketika temui, Sistem BD + 20307 disangkakan sebuah sistem planet muda dan bintangnya hanya baru berusia ratusan juta tahun. Oleh itu, habuk-habuk batuan yang banyak itu juga disangkakan sisa-sisa dari proses pembentukan planet. Namun begitu, hasil penemuan terbaru pada awal tahun ini menunjukkan perkara yang sebaliknya. Sistem BD + 20307 sudah berusia 2-5 billion tahun dan turut mempunyai bintang berkembar. Oleh itu, ia boleh dikatakan se-matang dan seusia dengan Sistem Suria kita.

Kenapa begitu banyak habuk batuan mengorbit di sekelilling bintang pada sistem tersebut ?

Menurut mereka lagi, habuk-habuk batuan tersebut berkumpul pada jarak yang sama dengan jarak Bumi dengan Matahari. Jika teori Proses pembentukan planet diguna pakai, habuk-habuk batuan tersebut sepatutnya bersatu menjadi sebuah planet atau akan berselerak akibat radiasi bintang kecuali dengan kehadiran sebuah planet gergasi seperti Musytari yang menyebabkan pembentukan jaluran asteroid di antara Planet Marikh dan Planet Musytari.

Tetapi, di sistem BD + 20307 tidak ada planet gergasi seperti Musytari. Oleh itu, dari mana habuk batuan tersebut datang ?

Perlanggaran planet..

Gregory Henry, pakar astronomi dari Tennessee State University (TSU) menjelaskan besar kemungkinan terdapat perlanggaran planet berlaku dalam tempoh ratusan juta tahun lalu dan mungkin juga kurang daripada itu.

Jika planet itu didiami oleh kehidupan, perlanggaran tersebut pasti memusnahkan segala-galanya menjadi habuk batuan seperti yang terdapat pada jaluran asteroid. Malah, jika dibandingkan, kejadian perlanggaran asteroid ke atas Bumi pada 65 juta tahun lepas hanyalah cebisan kecil dan tidak seperti perlanggaran planet yang menyebabkan kemusnahan total.



Bagaimana ia boleh berlaku pada sistem planet yang stabil dan matang ? dan bolehkah ia berlaku pada Planet Bumi..

Persoalan ini sangat memeningkan para pakar astronomi, namun ia bukan kali pertama diperbahaskan. Sebelum ini, terdapat satu teori yang sangat popular terhadap pembentukan Bulan. Pada berbillon tahun dahulu, dikatakan terdapat sebuah planet sebesar Marikh telah berlanggar dengan Planet Bumi lalu menghasilkan Bulan kita sekarang.

Terdapat juga kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik yang lain menunjukan planet-planet boleh 'bermigrasi' dan keluar dari orbit asalnya bergantung kepada peredaran masa. Oleh itu, terdapat kemungkinan kecil, dalam berbillon tahun atau ratusan juta tahun dari sekarang, mungkin akan berlaku perlanggaran antara planet Bumi dengan Marikh, atau planet-planet lain
.


ramalan je...
credit::http://bincang.net/forum/archive/index.php/t-91857.html
Waci-Kupa
Waci-Kupa
SERGEANT
SERGEANT

Posts : 65
Join date : 13/12/2010
Location : P.P

Back to top Go down

Perlanggaran Planet Empty Re: Perlanggaran Planet

Post by mfkyo91 Tue Dec 14, 2010 10:37 pm

besaunye tulisan..perli ak ker?..mentang2 ak rabun..
mfkyo91
mfkyo91
MODERATOR
MODERATOR

Posts : 76
Join date : 14/12/2010

Back to top Go down

Perlanggaran Planet Empty Re: Perlanggaran Planet

Post by Waci-Kupa Tue Dec 14, 2010 10:56 pm

kau rabun ke kyo?maaf2...nnty aku besarkan lagi yer
Waci-Kupa
Waci-Kupa
SERGEANT
SERGEANT

Posts : 65
Join date : 13/12/2010
Location : P.P

Back to top Go down

Perlanggaran Planet Empty Re: Perlanggaran Planet

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum