FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Polis P.Pinang tumpaskan sindiket kad kredit palsu

Go down

Polis P.Pinang tumpaskan sindiket kad kredit palsu Empty Polis P.Pinang tumpaskan sindiket kad kredit palsu

Post by ustadenapio Thu Dec 16, 2010 2:55 am

Polis P.Pinang tumpaskan sindiket kad kredit palsu


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan kad kredit antarabangsa yang bernilai RM3.16 juta selepas menahan 10 individu termasuk seorang wanita di sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis menyerbu dua bilik hotel dan menahan sembilan lelaki tempatan bersama seorang wanita Vietnam.


"Ketika ditahan, kesemua anggota sindiket yang berusia antara 21 dan 51 tahun itu dipercayai sedang merancang operasi kegiatan haram mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas 171 keping kad kredit palsu dan empat keping pasport Hong Kong dan sekeping pasport Singapura. "Modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan memalsukan kad kredit dan berbelanja di luar negara terutama di Thailand dan Singapura sebelum menjual barangan yang dibeli dengan harga murah kepada orang ramai," katanya.


Ayub berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu aktif menjalankan kegiatan memalsukan kad kredit sejak dua tahun lepas.


Katanya, kesemua mereka kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420 dan 424 Kanun Keseksaan.


SUMBER :http://www.hmetro.com.my/articles/PolisP_Pinangtumpaskansindiketkadkreditpalsu/Article
ustadenapio
ustadenapio
ADMIN
ADMIN

Posts : 167
Join date : 09/12/2010
Location : Bandar warisan..

https://fanfarecommunity.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum