FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Assange Bintang Rock 2010

Go down

Assange Bintang Rock 2010 Empty Assange Bintang Rock 2010

Post by Waci-Kupa Thu Dec 16, 2010 10:36 am

Assange dinamakan Bintang Rock 2010



ROME - Pengasas laman sesawang WikiLeaks, Julian Assange dinamakan sebagai Bintang Rock tahun ini oleh majalah muzik Rolling Stone edisi Itali kerana kehidupannya yang dianggap berwarna-warni.

Muka depan majalah itu memaparkan Assange di hadapan deretan peti televisyen memaparkan wajahnya sendiri dan diberi tajuk 'The Man Who Fell (From The Web) to Earth.'

Tajuk tersebut diambil sempena watak legenda muzik, David Bowie sebagai Thomas Jerome Newton dalam filem 1970 berjudul The Man Who Fell to Earth yang dianggap sama seperti kehidupan sebenar Assange.

Majalah itu sebelum ini pernah memaparkan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi sebagai penghias muka depan selepas beliau terlibat dalam beberapa skandal seks.

Semasa menyampaikan pengiktirafan itu, Rolling Stone menggambarkan Assange sebagai 'malaikat maut bagi semua pemimpin yang mempunyai rahsia'.

Menurut majalah itu, walaupun Assange bukan seorang penyanyi, kelakuan pengasas laman sesawang kontroversi itu menjadi contoh gaya hidup rock'n'roll sepanjang tahun ini.


Assange Bintang Rock 2010 8526816

Sumber:
Waci-Kupa
Waci-Kupa
SERGEANT
SERGEANT

Posts : 65
Join date : 13/12/2010
Location : P.P

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum