FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Luna bimbang perut, paha tidak tegang

Go down

Luna bimbang perut, paha tidak tegang Empty Luna bimbang perut, paha tidak tegang

Post by ustadenapio Fri Dec 17, 2010 10:03 am

JAKARTA: Walaupun kekasihnya kini dibicarakan dan dia pula mungkin dipanggil sebagai saksi, Luna Maya masih meluangkan masa menjalani rawatan kecantikan seperti biasa.

Ditemui media di sebuah pusat kecantikan di Jakarta Selatan semalam, Luna berkata, kali ini dia memberi perhatian kepada bahagian perut dan pahanya.


Katanya, dia baru saja menjalani rawatan untuk menegangkan kulit di kedua-dua bahagian badannya itu.

“Secara genetik, keluarga saya memiliki paha agak besar,” katanya.


Seperti tiada apa-apa berlaku, Luna juga bercerita mengenai rahsia menjaga kecantikan kepada wartawan.


Katanya, dia menggunakan kaedah pintas bagi menegangkan kulit perut dan pahanya.


“Saya kini sibuk memenuhi jadual penggambaran.


“Jika melalui sauna atau joging untuk mengeluarkan peluh, ia perlu masa yang panjang,” katanya.


Sementara itu, susuk tubuh Luna kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum rahsia ranjangnya bersama Ariel terbongkar.


Ditanya mengenai keadaan fizikalnya, Luna berkata, dia kini menjaga pemakanan.


“Saya kini diet, tetapi dilakukan secara terancang,” katanya. - Agensi

SUMBER: http://www.hmetro.com.my/
ustadenapio
ustadenapio
ADMIN
ADMIN

Posts : 167
Join date : 09/12/2010
Location : Bandar warisan..

https://fanfarecommunity.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum