FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lampard masih optimis

Go down

Lampard masih optimis Empty Lampard masih optimis

Post by ustadenapio Fri Dec 17, 2010 10:05 am

FRANK Lampard (gambar) menghadiahkan Chelsea rangsangan hebat bagi kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebelum mengisytiharkan dia "tidak ragu-ragu" mereka akan mengekalkan kejuaraan jika berjaya mengulangi persembahan di Tottenham, Ahad lalu.

Lampard membuat kemunculan semula mengejutkan selepas tiga setengah bulan diketepikan kerana kecederaan ketika Blues seri 1-1 di White Hart Lane.


Pemain berusia 32 tahun itu beraksi dalam tempoh 12 minit terakhir perlawanan yang sepatutnya dimenangi penyandang juara itu, dengan Didier Drogba terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan yang boleh meletakkan kelab itu kembali ke puncak liga.

Keputusan itu meneruskan rekod buruk Chelsea selama sedekad tetapi persembahan itu lebih baik berbanding empat perlawanan liga sebelumnya.


Kelab barat London itu menamatkan hujung minggu satu mata di belakang pendahulu dan pemain tengah, Lampard, mengakui sekiranya Chelsea mampu menyamai persembahan Ahad lalu bagi baki musim, sudah mencukupi untuk merangkul kejuaraan sekali lagi.


"Jika kami bermain dengan semangat yang kami ada, saya tidak ragu-ragu kami akan memenangi liga, kerana kami memiliki kualiti dalam pasukan kami," kata Lampard.


"Kecederaan memang menjejaskan rentak kami, ada masanya amat sukar buat kami.


"Namun dengan semangat dan keupayaan yang kami ada dalam pasukan, jika kami bermain seperti itu, saya memang yakin kami mampu melakukannya.


"Ia amat sukar. Kami perlu berdepan banyak rintangan.


"Manchester City ada di sana sekarang; Manchester United, Arsenal seperti yang kami ketahui; pasukan seperti Tottenham berusaha dari belakang.


"Jadi kami perlu berada pada tahap terbaik kami. Namun saya fikir jika kami berada pada tahap terbaik, maka saya fikir kami boleh melaksanakan tugas dan memenanginya." Pengurus Carlo Ancelotti mengesahkan selepas perlawanan itu Lampard akan bermain satu perlawanan persahabatan malam tadi, dan jika semuanya bagus, akan bermula dalam kesebelasan utama bagi perlawanan genting menentang Manchester United, Ahad ini.


Pemain itu sendiri mendedahkan dia menghabiskan sepanjang minggu berlatih sepakan penalti selepas memutuskan tidak mahu mengambil tugas Drogba di White Hart Lane.


"Saya berlatih tiga hari dengan pemain minggu ini dan tidak berlatih sepakan penalti selama tiga bulan," kata Lampard, pakar sepakan penalti Blues.


"Saya memang suka berlatih penalti dan saya fikir adalah salah buat saya untuk mencuba meraih kegemilangan peribadi dengan menjaringkan gol kemenangan sebaik kemunculan semula saya dan membiarkan Didi mengambilnya, yang cergas dan bermain serta berlatih menjaringkannya.


"Saya mungkin mudah memperkatakan saya akan mudah menyempurnakannya tapi itu bukanlah kesnya setiap kali - kami boleh terlepas semuanya - dan pujian buat Didier kerana mengambilnya.


"Harapnya, saya boleh berlatih beberapa sepakan minggu ini dan kembali mengambilnya."

SUMBER: http://www.hmetro.com.my/
ustadenapio
ustadenapio
ADMIN
ADMIN

Posts : 167
Join date : 09/12/2010
Location : Bandar warisan..

https://fanfarecommunity.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum