FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Hoki: Perhitungan dua gergasi

Go down

Hoki: Perhitungan dua gergasi Empty Hoki: Perhitungan dua gergasi

Post by palil_az Fri Dec 17, 2010 12:34 pm

Hoki: Perhitungan dua gergasi Su_03.1


DUA kelab gergasi negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) berpeluang merangkul trofi pertama dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) apabila masing-masing berentap di Stadium Hoki Tun Razak dalam perebutan Piala Sumbangsih malam ini.

Perlawanan yang menemukan juara bertahan, TNB dan juara liga musim lepas, KLHC itu juga adalah aksi pembuka tirai bagi saingan perdana LHM bagi musim 2010/11.

TNB yang dinobatkan juara keseluruhan LHM musim lalu selepas menewaskan Sapura 4-2 menerusi penalti, sudah pasti enggan merelakan trofi milik mereka itu terlepas daripada genggaman kali ini.

Malah, pengurus pasukan TNB, Samsul Ariffin Zainuddin menyifatkan seandainya mereka berjaya mempertahankan gelaran tersebut, ia bakal menjadi suntikan semangat bagi pasukannya dalam misi menjulang sebanyak mungkin kejuaraan musim ini.

“Bagi TNB, Piala Sumbangsih adalah sama penting seperti mana-mana trofi kejuaraan hoki yang lain,” kata Samsul Ariffin pada sidang akhbar perlawanan tersebut di Kuala Lumpur semalam.

“Kami memenangi gelaran ini dengan menewaskan Sapura 3-1 musim lepas, jadi misi kami ialah turun mempertahankannya sekali lagi esok (malam ini).

“Dan seandainya berjaya, ia sudah pasti menjadi pembakar semangat kepada TNB untuk terus mempamer aksi cemerlang dalam saingan musim baru 2010/11,” ujarnya lagi.

Begitupun, tugas TNB yang dikendalikan jurulatih Nur Saiful Zaini malam ini bukanlah mudah kerana KLHC turut memasang impian menambah Piala Sumbangsih dalam koleksi trofi mereka.

KLHC telah menjuarai gelaran LHM empat kali dan merangkul kejuaraan keseluruhan sebanyak sekali, justeru gelaran Piala Sumbangsih pastinya menjadi sasaran mereka pada awal saingan musim ini.

“Kami amat menghormati TNB kerana mereka memiliki pemain yang bersemangat tinggi dan tidak pernah berputus asa di atas padang,” kata jurulatih KLHC, Muhd. Dharma Raj Abdullah semalam.

“Malah mereka adalah kelab yang telah memenangi banyak kejuaraan dalam LHM setakat ini, jadi sudah pasti mereka mahu mempertahankan status mereka itu sekali lagi.

“KLHC pula belum pernah memenangi Piala Sumbangsih dan ini kali pertama kami mempunyai peluang untuk memenanginya.

“Oleh itu, jika kami mampu menambah Piala Sumbangsih dalam koleksi trofi kami, pasti lebih bagus,” jelasnya lagi.

Aksi Piala Sumbangsih ini turut dikira dalam saingan LHM dan pemenang pertemuan ini akan membawa pulang tiga mata.

Perlawanan melibatkan pasukan lain dalam saingan perdana pula akan berlangsung, esok.

Saingan LHM 2010/11 kali ini dijangka lebih menarik dan mencabar kerana bakal menampilkan lebih 20 pemain import dari negara-negara gergasi dunia seperti Jerman, Pakistan, India, Korea Selatan, New Zealand dan Bangladesh.

SUMBER...KOSMO ONLINE
palil_az
palil_az
MODERATOR
MODERATOR

Posts : 39
Join date : 13/12/2010
Age : 34

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum