FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ibu simpan ‘anak ikan’

2 posters

Go down

Ibu simpan ‘anak ikan’ Empty Ibu simpan ‘anak ikan’

Post by EmO [ReN] Sat Dec 18, 2010 11:41 am


PUTRAJAYA:
Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau ‘anak ikan’
belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin
selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak
wanita itu sendiri.
Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat
anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik
teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan
lalu.

Sumber berkata, pasangan berkenaan sebelum ini bijak menyembunyikan
perbuatan terkutuk mereka kerana rumah itu turut dihuni anak perempuan
terbabit yang berusia 20 tahun serta dua anak lelaki belasan tahun.
Menurutnya, mungkin meluat dan tidak mahu bersubahat dengan sikap ibunya
yang bergelumang dosa, anak perempuan itu sendiri yang membuat laporan
supaya ibunya ditahan.

“Ketika serbuan wanita itu membuka pintu rumah dan membenarkan penguat
kuasa masuk seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. “Dia cuba
menipu penguat kuasa dengan memberitahu mendakwa teman lelakinya yang
ketika itu sudah berpakaian lengkap adalah saudara terdekat yang
menumpang buat sementara sebelum memperoleh pekerjaan tetap,” katanya.

Bagaimanapun, penguat kuasa Jawi yang curiga dengan penjelasan wanita
terbabit menyoal anak perempuannya dan ketika itulah rahsia jijiknya
terbongkar. “Anak perempuan wanita itu memberitahu sebelum serbuan
dilakukan lelaki terbabit tidur di bilik ibunya dan mereka sudah
melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu. “Kata gadis itu, dia
sudah berbuih mulut menasihati ibunya supaya menghentikan perbuatan
terkutuk itu, tetapi tidak dipedulikan, menyebabkan dia nekad membuat
laporan kepada kami,” katanya.
Sumber
itu berkata, mendengarkan kata-kata anak gadisnya wanita terbabit cuba
berdalih dan mendapat simpati dengan memberitahu dia bakal mengahwini
teman lelakinya dan lelaki itu juga memberi kenyataan serupa dengan
pengakuan mereka merancang berkahwin dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, alasan itu gagal mengelakkan mereka ditahan dan ketika
disoal siasat wanita terbabit memberitahu dia menjalinkan hubungan intim
dengan teman lelakinya selepas berkenalan melalui laman sembang di
Internet.
“Wanita
itu juga memberitahu sudah bercerai dengan suami, tetapi gagal
menunjukkan dokumen perceraian apabila diminta penguat kuasa,” kata
sumber itu.

Menurutnya, pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat Jawi Putrajaya
untuk diambil keterangan lanjur sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b), Akta Kesalahan Jenayah
Syariah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda
RM3,000, jika didapati bersalah.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan, Rohaizan Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan
pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan didakwa di mahkamah
syariah dalam tempoh terdekat.


adeh gilo2 la loni weh Ibu simpan ‘anak ikan’ 7Ibu simpan ‘anak ikan’ 7


Sumber: myMetro | Ibu simpan ‘anak ikan’
EmO [ReN]
EmO [ReN]
PRIVATE
PRIVATE

Posts : 44
Join date : 13/12/2010
Age : 34
Location : Depan Laptop

Back to top Go down

Ibu simpan ‘anak ikan’ Empty Re: Ibu simpan ‘anak ikan’

Post by Kiwi Sat Dec 18, 2010 12:44 pm

ada yg muda, nk yg tua...
Kiwi
Kiwi
SERGEANT-MAJOR
SERGEANT-MAJOR

Posts : 105
Join date : 14/12/2010
Location : Tokyo - Malaysia

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum