FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ibu bapa, dua beradik terlampau boleh didakwa

2 posters

Go down

Ibu bapa, dua beradik terlampau boleh didakwa Empty Ibu bapa, dua beradik terlampau boleh didakwa

Post by Kiwi Sat Dec 18, 2010 12:59 pm

KUALA LUMPUR: Kes dua beradik menggemparkan penduduk di sekitar Butterworth, Pulau Pinang dengan aksi terlampau mereka boleh dikenakan hukuman lebih berat termasuk sebat di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri terbabit.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, sekiranya didapati sabit melakukan jenayah sumbang mahram mengikut Seksyen 376A dan 376B Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 puluh tahun serta sebatan. Menurutnya, perlakuan sumbang mahram mereka juga boleh didakwa melalui Seksyen 20, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak lebih enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. “Mereka juga boleh dikenakan hukuman kerana melakukan persetubuhan luar nikah (Seksyen 23) atau persediaan melakukan persetubuhan luar nikah (Seksyen 24) bawah enakmen sama.


“Peruntukan ini membolehkan yang bersalah didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak lebih enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu,” katanya.

Harian Metro Khamis lalu melaporkan mengenai penyebaran rakaman aksi seks budak lelaki dan perempuan yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggempar penduduk di sekitar Butterworth. Budak lelaki dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.


Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai di dalam bilik sebuah hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan keadaan katil dan suasana dalaman sekitarnya.


Musa berkata, selain kanak-kanak terbabit, tindakan mengikut undang-undang syariah juga boleh diambil terhadap ibu bapa atau penjaga mereka melalui Seksyen 128 (2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 2004.


Katanya, jika sabit kesalahan ibu bapa atau penjaga mereka boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM200.


sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/
Kiwi
Kiwi
SERGEANT-MAJOR
SERGEANT-MAJOR

Posts : 105
Join date : 14/12/2010
Location : Tokyo - Malaysia

Back to top Go down

Ibu bapa, dua beradik terlampau boleh didakwa Empty Re: Ibu bapa, dua beradik terlampau boleh didakwa

Post by Waci-Kupa Sat Dec 18, 2010 3:18 pm

ape nk jadi zaman skang ni..memalukan.. bengang
Waci-Kupa
Waci-Kupa
SERGEANT
SERGEANT

Posts : 65
Join date : 13/12/2010
Location : P.P

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum