FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mangsa dakwa bas dipandu laju

Go down

Mangsa dakwa bas dipandu laju Empty Mangsa dakwa bas dipandu laju

Post by Kiwi Thu Dec 23, 2010 10:16 am

IPOH 21 Dis. - "Bas dipandu laju". Itulah satu-satunya gambaran yang dapat difahami menerusi bahasa isyarat oleh seorang penumpang yang terselamat dalam tragedi bas persiaran mengorbankan 27 nyawa di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands semalam.

Chirarot Bunthichinwiwatn, 43, ketika ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini cuba menceritakan detik-detik cemas itu namun tidak dapat difahami kerana dia hanya boleh bertutur dalam bahasa Thai.

Chirarot mengalami kecederaan pada badan dan kedua-dua tapak kakinya akibat kejadian tersebut.

Bapa kepada Areena Songserm, 19, iaitu Nasir Ismail, 51, berkata, dia mengetahui bahawa anaknya terselamat dan dirawat di HRPB selepas mendapat panggilan telefon pada pukul 3 petang semalam.

Nasir yang merupakan seorang pengusaha restoran berkata, ketika kejadian, anaknya yang juga penuntut tahun ketiga jurusan Undang-Undang Walailak University di Sala, Thailand sedang bercuti.

Menceritakan tentang pengalaman anaknya dalam nahas tersebut, dia berkata, anaknya memberitahu, dia ternampak asap di bahagian tepi bas ketika menuruni bukit.

"Anak saya kemudian menceritakan, dia sedar bas itu melanggar pembahagi jalan sebelum melambung dan masuk ke longkang.

"Anak saya terpaksa merangkak keluar daripada bas yang musnah dengan luka di kaki dan kepala," katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Thanvarat Poolsaeng, 36, tidak mampu bertutur lama dan sebutannya juga tidak jelas kerana kepalanya masih terasa sakit.

Namun, dia sempat bercerita kepada Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong yang mewakili minoriti Siam di negara ini bahawa dia kehilangan suami, Poonporn Poolsaeng, 41, dan anak perempuannya, Natkritta Poolsaeng, 6, dalam tragedi itu.

Somchai Polanan, 62, pula tidak mampu bertutur kerana kepalanya masih berbalut dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Seorang lagi penumpang, Rungnapa Klungsuwan juga sukar ditemu bual kerana hanya mampu berkomunikasi dalam bahasa Thai.

Rungnapa yang mengalami kecederaan pada bahagian mukanya dilihat termenung dan masih trauma dengan kejadian menyayat hati itu.

Achara Wiwat, 36, pula dilihat terbaring sahaja dengan kecederaan pada kedua-dua belah matanya.

sumber: utusan online
Kiwi
Kiwi
SERGEANT-MAJOR
SERGEANT-MAJOR

Posts : 105
Join date : 14/12/2010
Location : Tokyo - Malaysia

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum