FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wanita ditendang, diseret peragut

2 posters

Go down

Wanita ditendang, diseret peragut Empty Wanita ditendang, diseret peragut

Post by Kiwi Thu Dec 23, 2010 10:18 am

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia awal 20-an bukan saja diragut, malah ditendang ketika bergelut dengan seorang lelaki bermotosikal yang meragutnya di depan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang kerugian wang kira-kira RM500 cedera pada tangan dan lutut apabila dia diseret hampir lima meter.


Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli-belah dihampiri seorang lelaki bermotosikal yang menarik beg tangannya. “Mangsa cuba menarik semula begnya menyebabkan berlaku pergelutan. Mangsa yang gagal merampas semula beg tangannya itu menjerit meminta pertolongan orang ramai,” katanya.

Sumber berkata, tersentak dengan itu suspek memecut motosikalnya menyebabkan mangsa terseret hingga terpaksa melepaskan genggaman pada beg tangannya.


Sumber berkata, wanita terbabit pergi ke sebuah hospital di kawasan berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini

Sumber: myMetro
Kiwi
Kiwi
SERGEANT-MAJOR
SERGEANT-MAJOR

Posts : 105
Join date : 14/12/2010
Location : Tokyo - Malaysia

Back to top Go down

Wanita ditendang, diseret peragut Empty Re: Wanita ditendang, diseret peragut

Post by ustadenapio Thu Dec 23, 2010 11:51 am

aq pelik tol manusia zaman skrg ni.. dh xder keje len ke nk cari duet?? bangun
ustadenapio
ustadenapio
ADMIN
ADMIN

Posts : 167
Join date : 09/12/2010
Location : Bandar warisan..

https://fanfarecommunity.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum