FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan

3 posters

Go down

Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan  Empty Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan

Post by ustadenapio Thu Dec 23, 2010 1:39 pm

JEMPOL, 14 Dis (Bernama) - Teknologi internet jalur lebar dan telefon bimbit di Malaysia yang sekarang ini berada pada tahap 3G akan mengalami perubahan yang besar dalam tempoh lapan bulan lagi.

Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, ada syarikat dari Korea Selatan dan Rusia yang akan membuat pelaburan besar dalam sistem 3G di Malaysia.

"Ada perubahan yang besar iaitu pemindahan dari segmen 3G kepada 4G dan LTE (Evolusi Jangka Panjang) pada masa hadapan, pihak-pihak di Rusia dan Korea Selatan akan melabur di tanah air kita dan perubahan-perubahan ini akan mengembangkan lagi khidmat 3G dan 4G," katanya kepada pemberita selepas melancarkan karnival Digital Jempol di sini hari Selasa.



Katanya, dengan teknologi baru ini, video, suara dan data akan dapat dicantumkan untuk dijadikan satu mesej lengkap tetapi telefon bimbit yang ada sekarang ini dan dibina untuk teknologi 3G terpaksa ditukar kepada model yang menyokong aplikasi 4G.

Beliau berkata, teknologi baru ini akan membolehkan telefon bimbit menyiarkan siaran televisyen dengan kualiti digital dan kelancaran yang sama dengan set televisyen yang sebenar.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sistem internet jalur lebar Malaysia yang sangat mengecewakan di mana pada sebilangan masa hubungan internet akan terputus dan muat turun data menjadi sangat lembab berbanding negara maju.

"Saya harap pengguna akan dapat bersabar. Sistem komunikasi kita bukan dibina sekelip mata seperti kata pepatah, bandar Rom tidak dibina dalam masa sehari," katanya.

Beliau berkata, teknologi internet milik negara akan mengalami perkembangan pesat memandangkan pemilikan komputer peribadi bagi rakyat Malaysia bukan satu lagi barangan mewah.

"Kita juga menjadi satu-satunya negara yang memberikan komputer bimbit secara percuma kepada rakyat atas dasar semangat 1Malaysia. Ini adalah hubungan rakyat dan cara kita untuk menghargai rakyat," katanya.

Di bawah kepimpinan beliau, penembusan internet jalur lebar di seluruh negara sudah pun mencapai 55 peratus apabila Rais mendesak supaya syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan meluaskan perkhidmatan mereka kepada masyarakat luar bandar dan tidak tertumpu kepada daerah-daerah utama seperti Kuala Lumpur sahaja.

Sementara itu seorang pakar telekomunikasi yang enggan dinamakan ketika dihubungi Bernama menjelaskan, pada masa sekarang, sistem internet jalur lebar dan komunikasi negara masih menggunakan sistem 3G atau 3.5G.

"Ada pihak memanggil 3.5G ini sebagai 4G sedangkan teknologi 4G yang disebut oleh Rais masih belum dieksploitasi sepenuhnya. Jika benar apa yang diberitahu menteri, dalam tempoh lapan bulan lagi, negara ini akan menggunakan sistem 4G sepenuhnya dengan bantuan LTE tetapi kebanyakan telefon bimbit yang ada di pasaran sekarang ini tidak menyokong 4G," katanya.

Katanya, telefon bimbit yang ada di pasaran sekarang memang boleh menyiarkan siaran televisyen tetapi dalam bentuk analog dan gambarnya tidak jelas sedangkan pihak media elektronik ini telah pun beralih dari gelombang analog kepada digital.

"Jika 4G diperkenalkan, sistem internet jalur lebar tempatan akan menjadi lebih laju dan komunikasi visual yang biasa dibuat menggunakan web cam akan menjadi lebih lancar. Sistem sekarang ini menyebabkan komunikasi visual seperti web cam tersekat, visual bergerak perlahan dan suara tertinggal di belakang gambar lebih dari satu atau dua saat," katanya.

SUMBER : http://relaxlu.blogspot.com/
ustadenapio
ustadenapio
ADMIN
ADMIN

Posts : 167
Join date : 09/12/2010
Location : Bandar warisan..

https://fanfarecommunity.forumms.net

Back to top Go down

Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan  Empty Re: Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan

Post by Kiwi Thu Dec 23, 2010 3:05 pm

wow, xsbr nk tggu ni..
Kiwi
Kiwi
SERGEANT-MAJOR
SERGEANT-MAJOR

Posts : 105
Join date : 14/12/2010
Location : Tokyo - Malaysia

Back to top Go down

Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan  Empty Re: Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan

Post by Waci-Kupa Thu Dec 23, 2010 3:31 pm

hehe..hrp2 laju la.. minum
Waci-Kupa
Waci-Kupa
SERGEANT
SERGEANT

Posts : 65
Join date : 13/12/2010
Location : P.P

Back to top Go down

Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan  Empty Re: Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan

Post by ustadenapio Thu Dec 23, 2010 4:14 pm

kalau xlaju lg aq xtw lh.. hahaha Laughing
ustadenapio
ustadenapio
ADMIN
ADMIN

Posts : 167
Join date : 09/12/2010
Location : Bandar warisan..

https://fanfarecommunity.forumms.net

Back to top Go down

Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan  Empty Re: Malaysia Akan Memasuki Teknologi 4G Sepenuhnya Tahun Depan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum