FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PTPTN henti pinjaman pelajar

2 posters

Go down

PTPTN henti pinjaman pelajar Empty PTPTN henti pinjaman pelajar

Post by Kiwi Sat Jan 01, 2011 8:30 pm

PUTRAJAYA 31 Dis. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan keras termasuk menghentikan pemberian pinjaman kepada peminjam yang menyalahgunakan bantuan tersebut.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pinjaman yang diberikan perlu digunakan sebaik mungkin dan bukannya untuk dibelanjakan secara sia-sia serta tidak berfaedah.

Beliau turut menarik perhatian mengenai penahanan tiga pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) oleh pihak polis di Terengganu kerana dipercayai menggunakan wang pinjaman PTPTN untuk membeli pil kuda.

"Ketiga-tiga pelajar IPTS itu yang merupakan peminjam PTPTN telah disekat pemberian pembayaran wang pinjaman masing-masing.

"Ketiga-tiga mereka juga tidak melepasi tahap keputusan peperiksaan semasa (CGPA) yang kurang 2.0," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan mengenai kesalahan pelajar-pelajar tersebut yang dipercayai menggunakan wang PTPTN untuk mendapatkan pil kuda.

Ketiga-tiga pelajar itu ditahan ketika serbuan pihak polis di rumah sewa mereka.

Ismail berkata, pihaknya tidak akan berkompromi kepada peminjam yang bermasalah termasuk menggunakan pinjaman itu untuk kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti pengambilan dadah dan pil kuda.

Sementara itu, beliau mengingatkan para pelajar tentang keperluan menggunakan pinjaman tersebut untuk membiayai perbelanjaan pengajian masing-masing.

"Para peminjam perlu memanfaatkan kemudahan pemberian pinjaman ini dengan sewajarnya dan bukannya untuk tujuan yang tidak berkaitan.

"Ini tidak, apabila dapat saja wang PTPTN, maka kedai-kedai telefon akan dipenuhi dengan pelajar untuk menukar telefon baru," katanya.

Sumberhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
Kiwi
Kiwi
SERGEANT-MAJOR
SERGEANT-MAJOR

Posts : 105
Join date : 14/12/2010
Location : Tokyo - Malaysia

Back to top Go down

PTPTN henti pinjaman pelajar Empty Re: PTPTN henti pinjaman pelajar

Post by ustadenapio Sat Jan 01, 2011 11:00 pm

hahahaha.. bese lh 2.. nafsu je sume 2, nk tuka2 fon..
ustadenapio
ustadenapio
ADMIN
ADMIN

Posts : 167
Join date : 09/12/2010
Location : Bandar warisan..

https://fanfarecommunity.forumms.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum