Chong Wei ikut Misbun keluar BAM
2 posters
Page 1 of 1
Chong Wei ikut Misbun keluar BAM
KUALA LUMPUR: Selepas dikejutkan dengan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tamparan terbaru apabila anak emas jurulatih itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan keluar daripada badan induk itu.
“Saya akan ikut dia. Dalam tempoh dua tahun yang tinggal, sudah tentu sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan sistem dan teknik latihan jurulatih baru. Jadi, saya akan keluar daripada BAM untuk bersamanya,” kata pemain nombor satu dunia itu ketika dihubungi semalam.
Chong Wei berpendapat beliau yang kini berusia 28 tahun hanya mempunyai kira-kira dua tahun lagi untuk berada di puncak bagi mencapai lebih banyak kejayaan.
Misbun membuat kejutan kelmarin apabila menghantar surat peletakan kepada BAM melalui e-mel tanpa memberi sebarang alasan.
Sumber
Chong Wei yang menjuarai sembilan kejuaraan, tahun lalu dan akan beraksi pada final Grand Prix (GP) di Taiwan, pada Rabu ini menuntut BAM menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu sebelum memburu gelaran kali ketujuh di Terbuka Malaysia yang akan bermula 18 Januari ini.
“Saya tetap mahu Misbun membimbing saya pada Terbuka Malaysia nanti,” katanya yang akan ditemani penolong Misbun, Teh Seu Bock untuk membimbingnya ketika di Taiwan.
Ditanya antara faktor utama Misbun meletak jawatan, Chong Wei tidak menolak kemungkinan disebabkan jurulatih itu memendam perasaan kurang senang dengan keputusan dan tindakan pegawai BAM.
“Bukan saja Misbun, tetapi saya dan pemain lain juga kurang senang dengan pegawai BAM. Mereka tidak menjaga kami dengan baik walaupun saya dan pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong adalah pemain nombor satu dunia.
“Bila kami menang dipuji, tetapi apabila kalah dikeji. Siapa pemain yang mahu kalah dan kami sentiasa berlatih keras untuk mengharumkan nama negara.
Adakah mereka tidak nampak pengorbanan kami selama ini?,” katanya.
Chong Wei berkata, beliau hanya mengetahui Misbun meletak jawatan ketika menghadiri latihan Khamis lalu apabila jurulatih itu memanggil dan memberitahunya serta rakan lain akan meletak jawatan.
“Kami semua terkejut dan sebelum pergi, dia berkata kepada saya dan rakan lain bahawa dia menyayangi kami semua dan meminta kami jaga diri sambil mengalirkan air mata,” katanya.
Sumberhttp://www.bharian.com.my/articles/ChongWeiikutMisbunkeluarBAM/Article
Kiwi- SERGEANT-MAJOR
- Posts : 105
Join date : 14/12/2010
Location : Tokyo - Malaysia
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Fri Jan 21, 2011 2:57 pm by kokleang
» Assalam....sy budak baru disini
Tue Jan 18, 2011 12:50 pm by ustadenapio
» Fanfare Community akan berpindah ke Fanfare Forum
Wed Jan 12, 2011 12:25 am by ustadenapio
» hidup hanya enam minggu lagi
Wed Jan 05, 2011 12:43 pm by rock
» Plat peribadi 11 jadi rebutan
Wed Jan 05, 2011 12:15 pm by rock
» Harga minyak naik lagi.
Wed Jan 05, 2011 12:11 pm by rock
» fadhilat bulan safar
Wed Jan 05, 2011 12:04 pm by rock
» Gambar Apakah Ini?
Wed Jan 05, 2011 11:50 am by Kiwi
» budak baru
Wed Jan 05, 2011 11:29 am by Kiwi
» PERLANTIKAN TRIAL MODERATOR
Wed Jan 05, 2011 2:25 am by rock