FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pengedar Dadah Mati Jatuh Bangunan

2 posters

Go down

Pengedar Dadah Mati Jatuh Bangunan Empty Pengedar Dadah Mati Jatuh Bangunan

Post by EmO [ReN] Sat Dec 18, 2010 11:40 am


Pengedar Dadah Mati Jatuh Bangunan Ne_06.1
ANAK panah menunjukkan tempat
seorang lelaki terjatuh lalu mati ketika cuba memanjat balkoni di flat
Taman Bunga Negara, Shah Alam kelmarin.



SHAH ALAM – Tindakan seorang pengedar dadah memanjat balkoni rumah untuk
melarikan diri dari ditahan polis mengundang padah apabila dia mati
selepas terjatuh dari tingkat empat blok 39, flat Taman Bunga Negara di
Seksyen 27 di sini kelmarin.
Kejadian pukul 4.30 petang itu menyebabkan lelaki tersebut mati di
lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala dan badan.
Difahamkan, penganggur berusia 29 tahun terbabit tergelincir sebelum
terjatuh ketika cuba memanjat tembok di balkoni belakang bangunan
sembilan tingkat berkenaan untuk ke balkoni rumah sebelah.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata,
sebelum itu, sepasukan polis dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Shah Alam dapat menahan enam lelaki berusia di antara 19
dan 27 tahun yang khayal dadah ketika menyerbu rumah tersebut.
Katanya, empat ditahan di ruang tamu manakala dua lagi ditahan di dalam
bilik. Ketika itu mereka sedang berpesta menghisap syabu.
“Soal siasat mendapati, ada dua lagi rakan mereka yang telah melarikan
diri melalui balkoni. Apabila ditinjau, polis mendapati, salah seorang
daripada mereka telah terbaring di atas laluan pejalan kaki dalam
keadaan berlumuran darah.
“Polis kemudian bergegas turun tetapi mendapati suspek telah mati akibat
kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya yang turut merampas
syabu seberat 0.5 gram pada sidang akhbar di sini semalam.


Sumber:http://www.kosmo.com.my




EmO [ReN]
EmO [ReN]
PRIVATE
PRIVATE

Posts : 44
Join date : 13/12/2010
Age : 34
Location : Depan Laptop

Back to top Go down

Pengedar Dadah Mati Jatuh Bangunan Empty Re: Pengedar Dadah Mati Jatuh Bangunan

Post by Kiwi Sat Dec 18, 2010 12:46 pm

padan muka, baik mati awl...xsusah kn kejer polis nk gantung kau.
Kiwi
Kiwi
SERGEANT-MAJOR
SERGEANT-MAJOR

Posts : 105
Join date : 14/12/2010
Location : Tokyo - Malaysia

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum