FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community

Join the forum, it's quick and easy

FANFARE COMMUNITY
Selamat Datang ke Fanfare Community
FANFARE COMMUNITY
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Bangunan Tertinggi di Dunia

Go down

Bangunan Tertinggi di Dunia Empty Bangunan Tertinggi di Dunia

Post by ustadenapio Thu Dec 23, 2010 1:27 pm

Bangunan Tertinggi di Dunia Burj_Khalifa



Burj Khalifa
Maklumat -
Lokasi : Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Tempoh pembinaan : 2004 – 2009
Kegunaan : Pelbagai
Dibuka : 4 Januari 2010

Ketinggian -
Antena/Puncak : 828 m (2,717 ka)
Bumbung : 808 m (2651 ka)

Maklumat teknikal -
Bilangan tingkat : 160 tingkat boleh diduduki
Keluasan tingkat : 334,000 m² (3,595,100 ka persegi)
Kos : AS$1.5 bilion

Burj Khalifa ("Menara Khalifa"),dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka).Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.Bangunan ini merupakan sebahagian projek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, Owings dan Merrill, LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini.Bill Baker, Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.

Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas,kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina.Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor dan Jurutera Rekod bertanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk untuk menara ini.

Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion.Mohamed Ali Alabbar, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Properties, ketika berucap di Kongres Dunia ke-8 Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar, mengumumkan bahawa harga ruang pejabat di Burj Khalifa telah mencecah AS$4,000 sekaki persegi (atau lebih AS$43,000 semeter persegi), lebih-lebih lagi Armani Residences yang juga terletak di Burj Khalifa, dijual pada AS$3,500 sekaki persegi (lebih AS$37,500 semeter persegi).

SUMBER : http://relaxlu.blogspot.com/
ustadenapio
ustadenapio
ADMIN
ADMIN

Posts : 167
Join date : 09/12/2010
Location : Bandar warisan..

https://fanfarecommunity.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum